So, back to our mainnnn reason for this post is, im going to introduce physiotherapy program in IIUM kuantan. eceh kemain..takdela nak cite detail sgt, briefly ajo aih.
firstly, course ni 4 years, mcm kos-kos lain yang under kulliyyah allied health sciences jugak. so setakat ni dah ada 4 batch untuk physio ni..this september,masuk la adik adik 5th batch insyaAllah.. so sepanjang 4 tahun ni buat ape? yes, kite ada theory class,practical class, clicical posting & FYP for final year students. for subjects, kite ada course,kulliyyah & university requiment subjects..yang ni wajib ambik..for skill classes mcm menjahit,khat semua tu self option la. language mcm mandarin tu pun sama la,option jugak..sbb ni uia,so yg wajibnya cuma english & arab yg kita dah setel time kat asasi cfs dulu except for direct intake students je yg kena ambik.
next, untuk attire pegi kelas? so everyday akan pakai sports attire, yes include kasut sukan. kenapa? supaya senang nak practice time practical class. kalau pakai jubah, nak gerak buat exercise apa semua mesti susah yedok? tapi sport attire ni bkn blh pakai baju entah pape je tau, kita ad uniform tshirt. pakai dengan seluar sukan warna navy, for girls, tudung pun warna navy..tak kisah la instant ke bawal ke ape, janji bersesuaian untuk practical class jugak.
lagi apa eh? emm exam? basically ada 2 parts, written & practical for physio subjects. utk subjects yang lain kebanyakannya written sahaja.
itu je la kot briefly..next akak * eceh akak sangat * nak share apa yang best pasal physio kat uia ni ha, there you go the list ~
1. ini fav part sisters sebenarnya haha, hari hari pakai sport attire sangat best okeh, baju kurung apa semua tu tak yah bawak banyak pun, jarang2 je pakai. so jimat masa part tak yah iron sebab hari2 tshirt je kan. lagi satu best sebab tak yah fikir pun nak pakai apa hari2. korang tengok la nanti org lain kena fikir nak pakai baju apa,tudung colour apa yg matching lagi haaa untungkan jadi budak physio ni.
2. physio ni best sebab apa yang kita belajar dalam teori class tu boleh apply terus dalam practical class. so dua-dua kelas ni sangat penting ye adik adik sekalian. lagi satu, bila kita practice betul2, apa yang kita belajar tu lagi melekat kat kepala ni ha.
3. boleh belajar swimming!! yes, yg ni course requirement. daripada zero pasal swimming, floating pun tak reti at first tapi lepas 2 sem ambik swimming class, alhamdulillah boleh la breaststroke dengan freestyle tu. kelas ni relax je,macam riadah gitu je. cikgu pun best. *sis rindu nak swimming*
4.selalunya intake physio ni tak ramai, so bonding dengan classmate tu biasanya sangat rapat, dengan lecturer pun okay je kalau nak tanya pape.. surely korang akan rasa satu department mcm family include smua staff kt gym tu.
5. ni last la kot nak list out kat sini, physio takde kelas kat lab yeay! so tak yah la buat lab reports yang banyak macam kt asasi dulu haha tapi kita ada practical reports but still its better dari lab reports tu haha practical report ni simpler & tulis je apa yang kita belajar & achieve time practical class gittew.
asyik cite yang best je, yang tak best takde ke? eh mestila ada tapi biarlah rahsia kihkih..ala biasala kan, setiap course ada challenge dia sendiri, takde istilah ala-kos-kau-senang-takpe-la ye. different courses, different challenges. time study ni la nak collect ilmu banyak & sekali sekala challenge diri sendiri kan. come & explore this course on yr own. boleh jumpa senior-senior baik. eh? haha
thats it, itu je la kot..feel free to ask anything else regarding IIUM physiotherapy by drop yr comment below okeh. oh btw, welcome juniors on this coming september!
ha, camni la attire kteorg hari hari hihi
le genezens takes panorama hill
Till next time, xo :)